Thursday, June 25, 2009

ALAT MUZIK TRADISIONAL

Pengenalan

Skop maklumat alat muzik tradisional ini amatlah terbatas, ianya masih terdapat masa kini dan terus diterima pakai oleh bangsa di Malaysia.Kami berusaha membangunkan web ini semungkin yang boleh dan pertambahan maklumat serta paparan artifak yang menarik akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Secara amnya, selain daripada digunakan untuk menghasilkan berbagai jenis muzik, alat alat muzik ini merupakan bahan estetika yang penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai alat penyebar maklumat, lambang budaya bangsa, alat ritual yang dapat menghubungkan manusia dengan alam luar biasa(magis) selain dari fungsi utama sebagai alat hiburan.




Terdapat lima kategori Alat Muzik Tradisional:



KORDOFON


Alat-alat muzik kordofon ialah alat-alat yang mengeluarkan bunyi kerana adanya getaran pada tali yang ditegangkan. Alat-alat muzik rebab, sape dan lain-lain tergolong dalam kategori ini.




ERH-HU


Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang dan besar.








GAMBUS

Sejenis gitar bertali 6 dan membengkak di bahagian badannya hampir-hampir separuh bulat. Tali gitar diperbuat dari perut binatang atau loyang yang dipetik dengan kuku tenggiling. Badannya diukir dari sebatang kayu nangka yang berongga di dalamnya. Lehernya ditutup dengan sekeping kayu nipis dan permukaan badannya ditutup dengan kulit kambing atau kulit biawak.




SUNDATANG


Diperbuat dari kayu bernama tembailing atau kayu nangka. Ia mempunyai dua atau tiga tali loyang diperbuat dari akar polon.







YANGQIN


Jenis zither, mempunyai banyak tali. Badan dibuat dari kayu dalam bentuk rama-rama. Tiap-tiap satu pic mempunyai kembar dua atau kembar tiga. Tali logam sejumlah beberapa oktof semuanya, 2 - 6 set kekuda titian tali dibuat dari kayu. Pemulas selaras dari logam didapati dikedua belah kotak suaranya.





VENNA

Alat bertali mempunyai empat tali untuk melodi dan tiga tali untuk dengung. Badan dibuat dari kayu, dadanya bulat dan belakangdya cembung. Kekudatitian tali yang tinggi dipasang di tengah dadanya. Bilah?bilah fret logam dilekatkan pada papan jari dengan menggunakan lilin lebah. Tali?tali dipasang di atas daripada fret-fret dan diikat pada pemulas melaras pada sisi leher, kepala dan labu berukir dipasang pada hujung penghabisan lehernya. Dalam kepala ialah tempat menyimpan minyak kelapa yang digosokkan untuk melicinkan hujung-hujung jari pemain.



SITAR


Alat bertali mempunyai 5 hingga 7 tali dawai (2 hingga 4 tali digunakan untuk memainkan melodi, dan 3 tali untuk dengung). Diperbuat dari kayu yang berbentuk bujur seakan sebelah buah pear.








MEMBRANOFON


Dalam kategori ini digolongkan alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui kulit atau membrane yang ditegang dan dipalu.Berbagai jenis alat gendang dan rebana Melayu tergolong dalam kategori membranofon. Kebiasaannya digunakan di dalam menghasilkan lagu-lagu rakyat.



GENDANG JAWA


Gendang Jawa berbentuk bujur dan panjangnya berukuran tiga kaki dengan saiz kedua-dua permukaan yang berbeza. Kedua-dua permukaan ditutup dengan kulit lembu atau kulit kambing.






JIDUR


Jidur di perbuat dari batang kelapa yang berongga dan kedua-dua permukaan berukuran lilit yang sama diditutup dengan kulit lembu atau kulit kambing. Jidur berbentuk tong kecil setinggi anggaran 16 inci.







REBANA BESAR




Rebana mempunyai satu muka berbentuk bulat. Belulang kerbau dipasang dan disirat dengan pasak-pasak kayu yang terdapat di kakinya. Ada tiga saiz.







MARUAS



Gendang dua muka. Badannya dibuat daripada kayu dalam bentuk leger dan pendek. Belulang dipasang di kedua-dua belah mukanya disirat dengan tali di antara satu muka dengan lain dan dirambing untuk menegangkannya.






EROFON


Erofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara. Dalam masyarakat pribumi Malaysia,terdapat beberapa jenis alat muzik erofon seperti serunai, seruling, nafiri, seruling hidung dan lain lain yang sejenis.



PEPULING


Seruling jenis wisel. Ditiup pada pangkalnya. Diperbuat daripada tanah liat dalam bentuk binatang seperti ikan, burung dan sebagainya.







SHENG



Sheng adalah alat organ mulut. Ruang angin dibuat dari logam. Tiub-tiub dibuat daripada buluh. Tiub-tiub dari tembaga ditambah untuk mengeluarkan gema dan diletak pada bahagian atas yang lebih kuat. Satu tiub mempunyai satu pelidah dan tujuh belas ruang pemetik.







SOMPOTAN


Diperbuat dari labu air yang telah dikeringkan. Lapan batang buluh kecil disusun dalam dua lapisan dan dimasukkan kebahagian buah labu tersebut dengan menebuk. Gam kelulut digunakan untuk melekatkan batang-batang buluh tersebut juga untuk menahan angin dari keluar melalui celah-celah buluh apabila tiupan dilakukan. Salah satu daripada buluh ini tidak berfungsi hanya untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut. Beberapa kepingan kecil plat buluh diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian buluh untuk menghasilkan bunyi mengikut kod muzik yang telah ditentukan.





ENGKERURAI




Diperbuat dari labu air yang telah dikeringkan. Lapan batang buluh kecil disusun dalam dua lapisan dan dimasukkan kebahagian buah labu tersebut dengan menebuk. Gam kelulut digunakan untuk melekatkan batang-batang buluh tersebut juga untuk menahan angin dari keluar melalui celah-celah buluh apabila tiupan dilakukan. Salah satu daripada buluh ini tidak berfungsi hanya untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut. Beberapa kepingan kecil plat buluh diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian buluh untuk menghasilkan bunyi mengikut kod muzik yang telah ditentukan.



NAFIRI


Nafiri ialah sejenis alat tiupan horn yang diperbuat dari perak dan berukuran panjang 32 inci. Ia mengeluarkan bunyi yang sayup dan menggerunkan.Dimainkan dalam muzik nobat dalam majlis hiburan kaum kerabat diRaja, mengiringi istiadat-istiadat istana, istiadat pertabalan, hari keputeraan Sultan, perkahwinan diRaja dan upacara sambutan diRaja.






IDIOFON


Idiofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui tindakbalas pada rangka badan yang bergema. Contoh alat muzik idiofon pribumi Malaysia ialah kumpulan gong dan jenis-jenisnya. Dalam kategori idiofon terdapat alat-alat muzik 'metallophone', yang diperbuat daripada logam gangsa seperti saron dan gendir dalam ensemble gamelan.



SARON BARUNG


Saron barung berukuran kecil sedikit dari saron demung dan besar sedikit dari sarun peking. Sejenis alat zailofon yang mengandungi enam kepingan logam yang diletakkan di atas dengungan kayu. Kepingan logam ini dipakukan di atas kotak secara longgar dan dijarakkan sedikit untuk membolehkan getaran yang maksimum. Kepingan yang lebih kecil dan lebih tebal bernada lebih tinggi.






GONG


Dibuat daripada perunggu berbentuk bulat, tepinya melengkong ke bawah, berongga di dalam dan cembul di tengah-tengah bahagian permukaannya.Digunakan dalam kumpulan joget gamelan di Pahang dan Terengganu.






MUYU


Genderang berbelah dibuat dari kayu membulat dalam bentuk ikan. Diukir indah dipermukaan luar. Tangkainya pada satu hujung.Digunakan dalam ensembel muzik menora, Wayang Godek, Wayang Jawa dan dalam gamelan di Batu Pahat.





BUNGKAU


Sejenis alat zailofon. Kepingan-kepingan kayu dipasang pada kotak kayu bergema.









EROFON BEBAS


Erofon bebas adalah suatu alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara dengan car meniupnya, penjenisan alat adalah berbeza dari erofon. Ianya diperbuat dari pelbagai bentuk yang berbeza dan diperbuat dari bahan yang bersifat sementara seperti daun-daun kayu, daun kelapa dan sebagainya. Penghasilan bunyi tidak mengikut kod muzik yang ditetapkan dan bukan untuk tujuan dipermainkan bersama alat muzik yang lain.

No comments: